
×
Agrobank memperkenalkan Program Digital Niaga untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan sederhana (PMKS) mendapatkan pembiayaan dengan kadar yang rendah.
Kemudahan pembiayaan yang berlandaskan prinsip patuh Syariah ini memfokuskan kepada semua sektor yang menyumbang kepada rantaian bekalan makanan termasuk industri pertanian dan agromakanan. Ia juga dilengkapi dengan program latihan membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan PMKS dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Daftar SekarangPembiayaan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan adalah berdasarkan kelayakan dan keperluan anda.
Pembiayaan tanpa cagaran untuk perniagaan mikro bagi modal kerja atau pembelian aset.
Klik Untuk PermohonanPenyelesaian pembiayaan tanpa cagaran untuk perniagaan mikro dengan akses mudah pada kos yang berpatutan.
Agrobank ialah sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) terkemuka di Malaysia, menyokong sektor pertanian, penternakan, perikanan, agroindustri, agroteknologi dan semua industri yang menyumbang kepada keterjaminan makanan.
Agrobank menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah dan komited kepada perbankan berasaskan nilai (VBI). Sokongan Agrobank untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menyokong kesejahteraan komuniti adalah menyeluruh, dari aktiviti asas hingga pemprosesan dan pemasaran.