Berniaga secara borong dengan akses pasaran yang luas dan kemudahan pembiayaan dalam talian untuk mengembangkan perniagaan anda.

Maklumat Program

Digital Niaga dikuasakan oleh Borong untuk memperkasakan pengusaha mikro, kecil dan sederhana (MSME) di Malaysia.

Melalui platform digital kami, pengusaha MSME boleh mendapatkan akses kepada kemudahan pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh rakan kerjasama kami.

Pengusaha MSME boleh mencari pembekal dan produk yang tepat pada harga yang baik, dan sertai kursus dan latihan perniagaan oleh Agensi Awam yang diiktiraf hanya melalui satu platform digital sahaja.

Daftar
Ciri-Ciri Program

Majukan Perniagaan Anda Dengan Digital Niaga

Kami menghubungkan pengusaha/peniaga MSME dengan rakan perbankan, Agensi Awam, dan juga pembekal dan pembeli B2B.

Jual Beli Borong Secara B2B
Temui pembekal dan pembeli yang tepat di seluruh Malaysia. Dapatkan produk popular dengan harga yang baik.
Mohon Kemudahan Pembiayaan Perniagaan
Kemudahan pembiayaan perniagaan bermula dari nilai serendah RM1,000.00.
Gunakan Sistem Pengurusan Perniagaan
Uruskan stok barangan, pembekal, pelanggan dan lain-lain. Tiada lagi kertas kerja rumit — muat turun invois, resit dan borang pesanan (PO) digital.
Sertai Kursus dan Latihan Perniagaan
Peluang untuk menyertai kursus dan latihan perniagaan yang disediakan oleh Agensi Awam yang diiktiraf. Dapatkan bimbingan dan sokongan perniagaan oleh rakan kerjasama kami.

Pendaftaran adalah percuma! Jika anda berminat.

Daftar Sekarang
Kelayakan

Adakah Anda Layak?

  • Warganegara Malaysia
  • Pengusaha atau peniaga mikro, kecil dan sederhana (MSME)
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah

*Bagi kemudahan pembiayaan perniagaan, syarat permohonan tertakluk kepada bank/institusi kewangan yang berkaitan.

Rakan Niaga

Kemudahan Pembiayaan

Temui produk kewangan yang sesuai untuk perniagaan anda.

Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional
Maklumat Lanjut →
Bank Rakyat
Bank Rakyat
Maklumat Lanjut →
Maybank
Maklumat Lanjut ↗
Soalan Lazim

Soalan Lazim Berkenaan Program

Apakah objektif program ini? +

Program ini bertujuan untuk membantu proses transformasi digital perniagaan MSME dan menyokong perkembangan MSME melalui akses kepada pasaran, bimbingan dan kemudahan pembiayaan yang bersesuaian.

Peniaga yang mempunyai potensi untuk pasaran eksport juga akan dibimbing bersama rakan industri dan Agensi Awam.

Siapakah pelaksana program Digital Niaga? +
Program Digital Niaga dilaksanakan oleh Borong (dahulunya dikenali sebagai Dropee) dengan kerjasama rakan industri dan Agensi Awam.
Berapakah yuran pendaftaran untuk menyertai program ini? +
Pendaftaran untuk menyertai program Digital Niaga adalah PERCUMA.
Apakah yang perlu saya lakukan dalam program ini? +
Peranan anda sebagai peserta program:
  • Daftar dan lengkapkan proses pengesahan akaun
  • Mula jual beli dalam talian
  • Mohon kemudahan pembiayaan
  • Sertai program bimbingan
Apakah syarat permohonan untuk kemudahan pembiayaan dalam program ini? +
Syarat permohonan kemudahan pembiayaan perniagaan adalah bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh bank/institusi kewangan yang menawarkan kemudahan tersebut.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar program Digital Niaga? +
Terdapat dua cara untuk mendaftar program Digital Niaga: 1. Hubungi Rakan Perbankan/Rakan Kerjasama kami yang terdekat; atau 2. Tekan butang Daftar/Daftar Sekarang dan isi maklumat yang diminta. Sila pilih Rakan Perbankan/Rakan Kerjasama anda pada soalan Rujukan/"Referral".
Digital Niaga launch event

Tentang Borong

Borong (dahulunya dikenali sebagai Dropee) merupakan platform jual beli borong secara dalam talian yang membantu peniaga dan pengusaha menggunakan teknologi & inovasi dalam memajukan perniagaan B2B. Sejak tahun 2017, Borong yang ditubuhkan oleh anak Malaysia kini merupakan pasaran B2B digital terbesar di Malaysia, dengan sebuah komitmen tegar untuk memajukan peniaga tempatan.

VISI & MISI

Borong merevolusikan cara perniagaan mikro, kecil, sederhana (MSME) dan syarikat multinasional menjalankan perniagaan mereka dengan pembangunan teknologi, automasi pembiayaan, dan pengurusan pesanan, inventori dan perancangan dengan pelanggan.

Ini merupakan visi & misi Borong dari hari pertama kami bermula.

Ekosistem Rantaian Bekalan Komprehensif

Pengiktirafan

Kejayaan Kami

Borong disokong oleh Agensi Awam dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

100 Companies To Watch List & Top 30 under 30

100 People Transforming Businesses

The CEO of Borong (formerly known as Dropee), Ms. Lennise Ng has been appointed as the UNCTAD eTrade for Women advocate

CNBC Fast Growth Companies

International Partners with Alibaba Group as technology provider with United Nations

Jenama Di Borong

Lebih daripada 150,000 perniagaan & jenama berada dalam pasaran Borong.

Testimoni

Peniaga Lokal Adalah Inspirasi Kami

Worldline Group

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) diumumkan di Malaysia, pihak Borong telah membantu mendigitalkan perniagaan kami. Kami dapat menguruskan inventori dengan lebih cekap dan juga dapat memberikan senarai harga kepada pelanggan dengan lebih cepat. Borong tidak hanya membantu kami untuk berhubung dengan pembeli yang tepat, tetapi ia juga memberikan harga yang kompetitif."

Abdul Rahim, Pengasas Worldline Group
Jadi Life Solutions

"Jadi Life sentiasa ambil tahu akan keperluan pengguna yang berubah. Pengguna hari ini ingin membeli secara pintar, jadi kami menyesuaikan perniagaan kami sebagai respon. Borong mencapai segmen yang berbeza daripada kami (melalui pasaran B2B dalam talian), jadi apabila kami mengetahui bahawa tiada bahan penggunaan cetakan yang tersenarai, ia adalah peluang besar bagi kami."

Putra Martin, Pengurus Operasi Jadi Life Solutions

Sedia untuk mengembangkan perniagaan anda?

Daftar percuma sekarang dan mulakan akses kepada pasaran B2B dan kemudahan pembiayaan bersama Digital Niaga.